Tuesday, November 17, 2009

Pretty Things Room - Part 7

Semua dah beli tiket LRT, kalau sudah meh kita ronda2 lagi. Kali ni next station Datuk Keramat. Actually Datuk Keramat ni mummyza punya favorit place dan berangan satu hari nanti nak settle down kat sini tapi apakan daya tinggal angan2 aje le. Anyway jom tengok tengok apa yang ada kat station ni ek.





Ok dah tengok, jom kita ronda2 to next station Setiawangsa. Bye...., see you soon!!

Thursday, November 12, 2009

Pretty Things Room - Part 6

Hi, kita sambung balik perjalanan kita dengan menaiki LRT, best kan! jom ronda lagi ek petang2 ni, sekurangnya hilang kan rasa stress dan ngantuk selepas makan tengahari. wallah punya makan tadi. Jom join mummyza, so our next station is 'Damai'. Sekarang ni kita berada dipersekitaran ruang tamu mummyza yang teconit ni ek.




Ok lah mummyza harap ronda2 kita kali ini boleh memberi sedikit idea kepada peminat2 dekor yang telah kebuntuan idea ek sebab walaupun dengan ruang terhad kita masih boleh menghias, kata orang tepuk dada tanya selera. So tunggu mummyza di next station @ Datuk Keramat. Jangan lupe beli tiket!!!!!!!!!!! nanti ketinggalan.

Wednesday, November 11, 2009

My Vintage Corner

Salam semua, aduh dah 2 hari mummyza doh susah hati kenapa tiba2 blog mummyza dipenuh dengan perkataan account inactive for 90 days. Puas dok godek sana godek sini akhirnya dapat jugak diatasi. So sekarang terpaksalah mummyza tukar template baru boleh masuk. Ingat dah gone with the wind my blog ni. Dah nak create baru je tapi alhamdulillah dah ok. Petang ni mummyza nak bawa u ols ronda ronda lagi ek, kali ni kita tengok bahagian satu sudut yang mummy namakan VINTAGE CORNER. So kebanyakkan dekor kat sini barang2 lama yang telah begitu lama dalam simpanan mummy. Jom kita terjah!!!!!


Ni gambar satu2 pulak ek. Jam loceng lama.
Penimbang Lama (berat ya amat dik non)
Nampak tak mesin jahit goyang tangan kat belakang tu benda alah ni pun sama teramat le beratnya. Masih boleh digunakan, patut le barang2 lama ni sehingga sekarang masih elok lagi sebab bila diteliti betul2 bahan dan pembuatannya bukan calang2. Setakat nak angkat dengan tangan sebelah memang tak boleh. Guna 2 tangan pun mengengkek-ngengkek mengangkatnya he..he..

Jam dinding lama yang masih boleh menunjukkan waktu dan berlagu bila masuk waktu.

OK lah setakat ni saje N3 mummyza nak buat petang2 ni nanti kita ronda lagi next station. Jangan lupa beli tiket sampai last terminal ek, senang tak payah beratur panjang. See you next station!!!!!!!. Adios.

Monday, November 9, 2009

Koleksi Teko

Selamat petang semua, apa kabar dan seronok tak hujung minggu u ols yang lalu. Hujung minggu mummyza pulak saje2 melibatkan diri dengan membuat jualan @ flea market di Setiawangsa. Actually mummyza hanya menyibukkan diri je bersama2 dengan my niece yang baru nak berjinak dalam dunia niaga ni, apa kata orang bagi moral supportlah aunty ni. Yang sedih tu cuaca pada mulanya baik tiba2 hujan selebat2nya dengan kilat berdentum berdentam pada sebelah petangnya. Apa lagi terpaksalah kami gulung tikar selepas tu sebab keadaan tak mengizinkan habis basah kawasan tu, nasib baik dah hampir2 nak waktu tutup niaga. Tu lah risiko yang perlu kita hadapi dalam dunia perniagaan ni. Oklah kita tutup kisah flea market ek sekarang ni mummyza nak bawa u ols ronda2 lagi so petang ni kita nak cite pasal teko pulak ek. So mari kita tengok......


Diantara teko2 mummyza yang terawal dikumpul. Minat nak kumpul teko2 bermula pada akhir tahun 90an lagi sewaktu tu mummyza ada terbaca satu artikel one lady ni memang teko collector dan disamping itu ada membuka sebuah restoren yang dihiasi penuh dengan teko2 ni, mummyza pun satu hari pergi kesana untuk bersantai minum kopi sambil mata2 ku melilau melihat keadaan sekelilingnya. Rasa macam nak duduk aje kat situ lama2 tak nak bangun2 he..he..he... Tapi bagi mummyza tak terikut macam collector tu mahu pitam dibuatnya. So ala2 kadar je le dan mana yang termampu oleh poket udah le.

Seterusnya gambar koleksi teko2 mummyza yang ada ek
.









Tak perasan waktu begitu mencumburi kita, mummyza dah nak kena chow chin chow, esok kita jumpa lagi @ next station. Adios......see you soon.

Wednesday, November 4, 2009

EXCHANGE GIFT GENG MAKLIMAH

Salam semua, pagi ni mummyza tak nak bawa u ols ronda kat prettythingsroom tapi nak ajak mendengar cerita dahulu kala. Seperti biasa geng2 maklimah ni boleh dikatakan setiap bulan kami buat geder2 gitu, seronok tau, selain dari tukar2 barang2 dekor kami juga buat jual2 barang kalau boleh u ols tengok gelagat masing2 waktu tu geli2 hati dibuatnya tak kering gusi terutama cik Ayu kita tu memang kelakar ade2 aje cite dema tu, anyway memang happy lah tak sangka dari perkenalan dialam siber ni boleh menjadi kenalan rapat dan bila tak jumpa tu rasa rindu pulak. Terima kasih geng2 maklimah ek mummyza memang rasa terhibur bersama u ols. So sesiapa yang diluar sana tu rasa2 nak join we all meh le daftar nama tapi kena interview yang kaw kaw punya ek (acah aje). Oklah N3 ari ni mummyza nak tempekkan EG yang mummyza dapat waktu geder2 hari sabtu lepas jeng...jeng..jeng.... wei cik Mas mai lah tengok apa kita dapat ni.
Memang benda ni diantara salah satu barangan dalam senarai yang mummyza nak mendapatkannya aleh2 alhamdulillah termakbul jugak. Muahhhhh Mas, terima kasih daun keladi.

Jangan tak tahu tak sangka tuanrumah jugak ada bagi buahtangan, terima kasih ek yatie kita, memang benda2 ni favorit mummyza. Luv u. So ni dia apa yang mummyza dapat dari tuanrumah layanzzzzzzzz..... Cuba teka mana satu yang mummyza dapat.


Tak lain tak bukan mestilah alas meja crochet tu. Cantik tak?. Yang ni pulak gambar keseluruhan EG dan gift tuanrumah.

Jangan tak menghampakan yang ni pulak EG mummyza kepada geng maklimah. Nak tahu tak siapa yang mendapat EG ni.... cuba teka, kali ni mummyza baik hati sikit saja bagi dua EG hahhh..ha..ha..., bukanlah benda apa pun, anyway mummyza harap yang mendapat EG tu suka ek. Nampak tak yang kotak kecik tu pulak untuk tuanrumah. Harap2 suka ek dengan pemberian mummyza yang tak seberapa ni.



OKlah ni saje cerita N3 kali ni, nanti next mummyza sambung balik jom ronda ronda kat prettythingsroom. Adios....