Monday, June 29, 2009

My Busy Week

Adoi, time flies so fast dah seminggu rupenya mummyza tak update blog, rasanya baru je buat N3. Rupenya dah hampir seminggu tak jengah blog mummy ni. Bukan le tak nak buat N3 tapi mummyza nak habaq kat sini dalam minggu lepas masa tak mengizinkan busy menyiapkan tempahan2 bunga le, langsir le, hantaran tunang le hai macam2 dan tak ketinggalan my cute little daughter's birthday party last minute punya preparation on Saturday. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual. So ari ni mummyza nak share le keje2 yang mummy dok buat dan busy selama seminggu hingga tak dapat nak buat N3. Jom layanzzzzzzz

Menyiapkan hantaran tunang. Biasa le mummy ni kalau buat keje tak last minit tak da thrill, suke buat keje terkejar2 baru ada umphhhh jantung tu berjalan. Waktu tengah sibuk buat hantaran ni ada pulak customer call nak tempah bunga 'afro' he..he... (cuba teka bunga apa ).
Kaler theme customer ni nak ialah hijau (katanya tak kirale hijau macamana pandei2 mummy le janji cantik). So combination color mummy gunakan ialah hijau terang, lembut, cream dan sedikit putih.
Gubahan Coklat
Gubahan Kuih Biskut
Gubahan Baju
Gubahan Buah2an
Tak lain tak bukan....., munge topiari le.... Petang Khamis customer call pagi Jumaat nak - dahlah tu bukan 1 tapi 4. Sabau aje le. Tapi kenangkan duit masyuk okey aje he..he... Nasib baik memang ari Jumaat tu mummyza cuti sebab nak buat preparation untuk birthday party anak esok.
Lepas siapkan bunga afro tu, mummy siapkan pulak 2 gubahan bunga lagi untuk customer lain pulak. So ni dia..... memang gubahan nalah punya besar la.. Rege pun bule tahan he..he..he..
Betul kata orang mengubah bunga ni adalah salah satu terapi minda dan badan. Ianya memang benar dan menjadi sebab mummyza selepas siap semua gubahan ni memang terasa lapang dan tenang sekali hati mummy dibuatnya, hepi je he..he..he... Tapi jangan tak tahu kadang2 tu ada jugak waktu2 yang mummyza langsung ketandusan idea dan takda mood nak gubah tau.

Last sekali gambar birthday my daughter. Ada 2 birthday girl, satu cucu (jangan marah dah ada cucu tau). Kebetulan jatuh pada hari yang sama so buat lah birthday 2 in 1 biar depa senang2 hati sikit. Kelakar tu lepas je tiup lilin langsung tukar baju mandi pi terjun swimming pool. Sibuk punya pasal langsung lufe nak snap gambar waktu depa semua tengah mandi manda. Waktu tu rasa mummy pun turut nak terjun ke pool sama sebab badan rasa panas sangat nak je berendam sejuk2 kan badan hi..hi..hi..

1 comment:

  1. happy belated besday....sarah. kek besday tu mummy buatkan yer. mummy sarah..memang superb...

    ReplyDelete