Friday, June 5, 2009

Wanita dan Dapur

Bagi mummyza kita yang bergelar wanita ni memang tak boleh lari dari memasak sama seperti ibarat lagu dan irama, kalu tak ada irama maka tak jadi le lagu tu, macam mummyza lah waktu muda2 dulu memang tak suka bab2 memasak ni, menyampah dan benci bila disuruh kedapur, tapi bila dah berumahtangga dapat suami yang nakkan air tangan bininya hah baru tahu langit tinggi rendah. Nasib baiklah waktu lepas tingkatan 5 tunggu keputusan MCE mummyza mengambil keputusan untuk belajar masak dengan emak tak mahu ikut kekawan cari keje jadi salegirl (sebab malu ah). Alhamdulillah berkat keyakinan dengan diri sendiri mummyza berjaya menjadi tukang masak dalaman (kat umah aje tau) yang bertauliah. Masakan mummyza selalulah mendapat pujian (jangan jeles tau). Tapi jangan cakaplah apa kelas memasak yang mummyza tak ikuti, rasanya kalau mummyza fokus betul2 untuk menjadi chef agaknya dah mengalahi chef wan, hoi chef wan nasib kau baik tau kalu idak mummyza lah dah jadi glamor sekarang ni. Nasib badan le kau chef wan, jangan mare ya. Lagi satu mummyza nak berpesan kepada semua adik2 diluar sana yang bergelar wanita tahu tak dengan memasaklah jugak kita boleh melembutkan hati suami kerana Allah telah mengurniakan airtangan kita yang memasakkan itu satu mukjizat, insyaallah sampai kemati mereka tak pergi mana2 he..he..he.., duduk bawah ketiak isteri. Lagi satu kita mesti ingat kata2 orang tua dulu2 setinggi manalah seseorang wanita itu pelajaran tapi satu hari ia pasti akan kedapur (bukan untuk makan nasi tau tapi masak nasi). Hargailah dirimu sebagai wanita. Oklah panjang lebar pulak mummyza bercerita, sekarang mummyza nak kongsi sekeret resipi ya. Resepi ari ini buat permulaan kita buat yang bagi mummyza senang dan ringkas tapi mabeles. Bagi geng2 mummy yang dah dapat resepi ni dah buat ke?. Nanti bagi le komen boleh mummyza tahu handal ke idak mummyza ni untuk mengalahi chef wan tu dik non......


FISH FILLET

Bahan2nya :-

2 keping fish fillet
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus halia
2-3 titik air perahan lemon
(bahan2 ini hendaklah diperap lebihkurang 10 minit)

Bahan untuk mengorengnya :-

1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Bread crumbs

Pukul telur dengan tepung jagung. Celup ikan pada bancuhan telur. Kemudian salur dengan breadcrumbs. Terus goring sampai warna kuning dan garing. Angkat dan toskan minyak.

Sos Thousand Island
1 cawan mayonnaise
Jeruk timun (dipotong kecil)
1 – 2 sudu makan sos cili
Sedikit perahan lemon
(gaul semua sampai rata)

Hiasan :-
Brocoli/Karot/Kacang Bendi atau peas
Kentang goreng atau kentang direbus kemudian digoreng dengan mentega dan taburkan sedikit spice herbs (rosemary/basil/bayleaf/oregano).


Nota :-
Selalunya fish fillet ni tak dimakan dengan gravy sebab ianya cepat lembik. So kita makan hanya dengan sos sahaja dan perahan lemon. Selain dari itu kita boleh juga makan dengan sos tartar.

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. kakza..perut lapar ah belum makan ni..

    ReplyDelete
  2. He.he.he. jangan kata ana je lapar, mummyza yang dok tayang pun mengeriok jugak dibuatnya he.he..he..

    ReplyDelete