Monday, August 17, 2009

Blue Collections

Salam ceria semua, cuaca pun ada baik pagi ni tapi masih berjerubu. Cuti dua ari rasanya macam tak cukup dan tak puas jugak ye la orang bagi cuti untuk rehat2 kat umah ni tidak sibuk dengan aktiviti2 lain terutama aktiviti mendatangkan duit he...he.., apa lagi bisnes le tu, kata orang part time side income kalau tak buat menda2 ni mana buleh duduk kat KL ni, poning kepala dibuek eh, semua kena duit sampaikan nak hirup udara pun perlu duit. OKlah, pagi ni mummyza nak bawak u all ronda2 lagi kat Prettythingsroom kali ni mengenai all mummyza punya blue collections. Takla banyak mana pun cuma bagi mummyza blue color ni kemestian dalam collection english decor ni ialah kata orang penambah seri sesuatu sudut tu. Kalau dah banyak blue pun tak cantik pulak dah lain cite he..he..he.. tak tahu le konsep apa pulak. Yang penting dalam setiap hiasan tu mesti ada konsep dan color scheme yang bertona. Tapi blue color ni memang my favorite color selain merah. Jadi apa je benda2 blue ni mesti tertarik kat mata mummyza. Jom layan tengok apa dia blue2 collections yang mummyza maksudkan ek.

Salah satu teapot Johnson Brothers blue old castle collections
Teapot Spode collections
Teapot China collections
Hiasan blue collections yang sesuai dihias diruang dinding
Pinggan Spode
Koleksi blue pelita dan vase
Collections teacup & saucer jenama spode
Oval Platter Johnson Brothers Blue Old Castle
Last but not least lampshade dari ceramic blue
Ok lah geng2 decor semua setakat ni aje N3 mummyza untuk pagi ni on Blue collections yang ada di Pretty Things Room, moga2 dengan koleksion mummyza ni memberi sedikit idea untuk dekorasi rumah u all dan bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk. Bagi mummyza setiap yang baik tu hanyalah datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah dari mummyza sendiri. Wassalam.

No comments:

Post a Comment