Wednesday, November 11, 2009

My Vintage Corner

Salam semua, aduh dah 2 hari mummyza doh susah hati kenapa tiba2 blog mummyza dipenuh dengan perkataan account inactive for 90 days. Puas dok godek sana godek sini akhirnya dapat jugak diatasi. So sekarang terpaksalah mummyza tukar template baru boleh masuk. Ingat dah gone with the wind my blog ni. Dah nak create baru je tapi alhamdulillah dah ok. Petang ni mummyza nak bawa u ols ronda ronda lagi ek, kali ni kita tengok bahagian satu sudut yang mummy namakan VINTAGE CORNER. So kebanyakkan dekor kat sini barang2 lama yang telah begitu lama dalam simpanan mummy. Jom kita terjah!!!!!


Ni gambar satu2 pulak ek. Jam loceng lama.
Penimbang Lama (berat ya amat dik non)
Nampak tak mesin jahit goyang tangan kat belakang tu benda alah ni pun sama teramat le beratnya. Masih boleh digunakan, patut le barang2 lama ni sehingga sekarang masih elok lagi sebab bila diteliti betul2 bahan dan pembuatannya bukan calang2. Setakat nak angkat dengan tangan sebelah memang tak boleh. Guna 2 tangan pun mengengkek-ngengkek mengangkatnya he..he..

Jam dinding lama yang masih boleh menunjukkan waktu dan berlagu bila masuk waktu.

OK lah setakat ni saje N3 mummyza nak buat petang2 ni nanti kita ronda lagi next station. Jangan lupa beli tiket sampai last terminal ek, senang tak payah beratur panjang. See you next station!!!!!!!. Adios.

No comments:

Post a Comment