Friday, August 21, 2009

Roses Swag For Sale!!!!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua, kebetulan hari ini ari Jumaat yang mulia dan umat islam akan menyambut bulan ramadhan pada esok hari maka mummyza ingin mengambil kesempatan disini memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang disedari atau pun tidak kepada yang mengenali mummyza dialam siber ini. Semoga ibadah dibulan Ramadhan ini akan lebih diberkati dan terima oleh Allah swt yang maha kuasa. Amin

OKlah N3 kali ni mummyza nak maklumkan sesiapa yang berminat nak beli bunga roses swag seperti contoh gambar dibawah sila talipon atau sms mummyza ek untuk maklumat lanjut. Jangan tunggu lama lama kasi rembat satu. Terdapat 5 warna iaitu pink, maroon, purple, biru dan kuning.
Lebar 3 kaki'

Monday, August 17, 2009

Blue Collections

Salam ceria semua, cuaca pun ada baik pagi ni tapi masih berjerubu. Cuti dua ari rasanya macam tak cukup dan tak puas jugak ye la orang bagi cuti untuk rehat2 kat umah ni tidak sibuk dengan aktiviti2 lain terutama aktiviti mendatangkan duit he...he.., apa lagi bisnes le tu, kata orang part time side income kalau tak buat menda2 ni mana buleh duduk kat KL ni, poning kepala dibuek eh, semua kena duit sampaikan nak hirup udara pun perlu duit. OKlah, pagi ni mummyza nak bawak u all ronda2 lagi kat Prettythingsroom kali ni mengenai all mummyza punya blue collections. Takla banyak mana pun cuma bagi mummyza blue color ni kemestian dalam collection english decor ni ialah kata orang penambah seri sesuatu sudut tu. Kalau dah banyak blue pun tak cantik pulak dah lain cite he..he..he.. tak tahu le konsep apa pulak. Yang penting dalam setiap hiasan tu mesti ada konsep dan color scheme yang bertona. Tapi blue color ni memang my favorite color selain merah. Jadi apa je benda2 blue ni mesti tertarik kat mata mummyza. Jom layan tengok apa dia blue2 collections yang mummyza maksudkan ek.

Salah satu teapot Johnson Brothers blue old castle collections
Teapot Spode collections
Teapot China collections
Hiasan blue collections yang sesuai dihias diruang dinding
Pinggan Spode
Koleksi blue pelita dan vase
Collections teacup & saucer jenama spode
Oval Platter Johnson Brothers Blue Old Castle
Last but not least lampshade dari ceramic blue
Ok lah geng2 decor semua setakat ni aje N3 mummyza untuk pagi ni on Blue collections yang ada di Pretty Things Room, moga2 dengan koleksion mummyza ni memberi sedikit idea untuk dekorasi rumah u all dan bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk. Bagi mummyza setiap yang baik tu hanyalah datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah dari mummyza sendiri. Wassalam.

Friday, August 14, 2009

Tin Kosong Tin Kosong

Salam semua, memandangkan cuaca agak cerah pepagi ni mood mummyza pun seperti keadaan cuaca jugak, so tengah ceria ni baik buat N3 untuk ari ni kalu idak datang cuaca mendung dah takda mood nak buat apa pun. N3 kali ni mummyza nak cerita pasal koleksi tin kosong yang tak mendatang faedah bak kata hubby mummyza tapi takpalah janji hati mummyza bahagia menengok benda2 alah ni bak kata orang salah satu terapi minda dan hati.

OK gambar dibawah ni adalah koleksi tin mula2 mummyza collect dan kununnya cukuplah ini saje bak kata kawan kita cik Lynn jangan tidak (he..he..he.. cik Lynn jangan mare guna ayat ni)

Entah kenapa manusialah katakan tak pernah cukup. Beli punya beli punya beli yang pada asalnya hanya nak buat koleksi ciput je untuk decor tin2 ni, lama kelamaan dah menjadi ketagih dan satu kemestian pulak tiap kali membeli barang2 dapur kat supermarket mesti mata ni melilau mencari2 tin2 yang agak2 ok untuk dikumpul. Kumpul punya kumpul aleh2 tengok mak ai dah banyak pulak. Untuk tidak nampak bersepah tin2 mummyza ni dan sebelum DBKL (hubby) sapu bersih terpaksalah mummyza mencari satu bidang tanah untuk membina kondo bagi penempatan tin2 ini. Sekarang ni kesemua koleksi tin2 mummyza dah bahagia mendapat rumah masing2 so ini lah keadaan depa sekarang. Rasa2nya lepas ini dah no more tin collections sebab memang tiada ruang legar lagi untuk depa berlegar2 he..he..he..
Jom ikut mummyza ronda2 lagi pepagi ni.


Tata... titi.... tutu.... jumpa lagi next episod dalam Prettythingsroom koleksion ek. Jangan jemu menjengah umah ni. Adios

Thursday, August 13, 2009

Ayoh Mari Beli Pelita

Hah...ha.., N3 kali ni mummyza nak kongsi jual barang decor pulak ek. Bukannya apa tulun2 member, so jangan mare tau mummyza dah dapat upah dulu barang terjual ke tidak tak ambik kira tu, itu syarat kalau nak suruh mummyza buat promosi kat blog he..he.., ok kalu nak tengok tu yang dok tayang kat N3 lepas tu pelita tinggi, nak tau tak tingginya 18", tertinggi diantara koleksi pelita2 mummyza tau, nantilah kalau ada mood rajin mummyza nak folkartkan he..he.., lepas tu mummyza buat tayangan perdana kat sini le. Sesiapa yang berkehendakkan pelita ni pandei2 le tipon ke atau email nanti mummyza bagi maklumat seterusnya. Bye........... Adios!
Yang ni mummyza namakan Pelita Tinggi Lampai Tinggi 18" Diameter 5"

Yang ni mummyza namakan pelita dompok. Tinggi 11" Diameter 5" .
Yang ni mummyza namakan Pelita Merah Delima. Tinggi 8" Diameter 3"

Victorian Hurricane Lamp

N3 pagi ni mummyza nak tempekkan gambar lampu ek, kalau nama omputihnya ialah Victorian Hurricane Lamp. Tak tahu le macamana boleh jadi hurricane pulakkan. Agak2nya waktu zaman2 lampu ni dikeluarkan bekalan elektrik terputus disebabkan taufan melanda jadi untuk tidak bergelapan maka terciptalah lampu ni he..he..he.., pandei2 je cik bedah ni mengarang cerite ek. Walau apa pun memang kesayangan mummyza lampu2 ni dan buat masa ni hanya 2 biji je yang termampu dimiliki. Kalau ikutkan hati nak lebih dari itu tapi buat bersabar dan bersyukur ek mummyza hoi! dengan apa yang ada ni. Meh kita tengok apa yang ada di Prettythingsroom
ni.


Wednesday, August 12, 2009

MY LITTLE LIVING HALL

Lama betul ek mummyza bermurung, tapi tak pa lahkan mummyza menyepi pun bukanlah disebabkan apa cuma kesedihan menyelubungi kehidupan mummyza sejak akhir ni tapi alhamdulillah sekarang ni semangat dah pulih semula dah rasa boleh dah buat N3 kat blog mummyza ni. Tapi apa ek nak cite, mummyza ni yang menyeronokkan bercerita hanyalah bab2 dekor ni je kalau cite2 lain tak le tahu sangat, cite2 dongeng boleh jugaklah ahaks. Hai memang betul le kalau perasaan kita tak seronok apa jua kerja yang kita rasa nak buat tak boleh buat. Kadang2 tu mummyza dok mengadap PC berjam2 mata tertumpu kat PC tapi hati tu entah melayang kat mana, tak sangkut2 jugak he..he... last2 mummyza off je buat keje lain. OK lah ari ni mummyza nak bawa u all ronda bahagian ruang tamu mummy pulak. Jom ikut mummy.
Bahagian Ruang Tamu
Sebahagian dari hiasan yang terdapat diruang tamu.
Hiasan dibahagian dinding ruang tamu
Hiasan dibahagian dinding ruang tamu

Bahagian Ruang Makan

Tuesday, August 4, 2009

Penyepian

Memang lama betui mummyza tak menjengak blog mummy ni, entahlah macam2 masalah dan peristiwa yang pahit dan manis menimpa sepanjang penyepian mummy selama ni. Pemergian ibu tercinta buat selama-lamanya pada tanggal 24 Julai 2009 Jumaat jam 1.30tgh bersamaan 1 Syaaban amat pedih sehingga mummyza merasakan terlalu kosong perasaan ni yalah arwahlah tempat mummy berkongsi cerita suka, duka, susah, senang dan berbagai2 lagi, sekarang semua tu tinggal kenangan dan tiada lagi tempat untuk meluahkan perasaan sedemikian. Cuma iringan doa yang dapat mummy panjatkan untuk arwah. Alfatehah. Insyallah bila semangat mummyza dah kembali pulih mummyza akan mulakan N3 dekorasi ya. Salam untuk semua.