Friday, August 13, 2010

Pertama Kali Bersahur

Kelakarkan tengok muka anak genit ni, kesian pulak bila tengok baik punya berdengkur tiba2 kena kejut dek ibunya. Tahun ni merupakan sahur dan puasa pertama buat sara memang excited sangat dia bila kata esok dah mula puasa so kena bangun bersahur dulu jadi jangan nangis2 bila kena kejut pagi2 nanti tak boleh puasa. Alhamdulillah bila dikejutkan senang sekali dia bangun heran jugak mummyza sebab selama ni bila bangun yang dipaksa teramatlah liatnya dan banyak songel. So dapatlah sara menahan puasanya sehingga 12 tgh je balik2 sekolah je telepon mummyza minta izin nak bukak puasa tak tahan dahaga, mula tu nak marah jugak tapi bila fikir ni baru latihan so pelan2lah jangan guna kuasa victo hi...hhiiii. Ok meh layan gambar mysara sewaktu bersahur, poyoh je.... (untuk kenangan dia bila besaq nanti)

Thursday, August 12, 2010

ANDAINYA INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu siangnya engkau sibuk berzikir,
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu merayu kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu,
sholat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu',
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih, berqiamullail, bertahajjud,
mengadu merintih meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru kita cari suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti paling berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman,
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha bersedia meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

- Ahlan wasallam hukhair -

Tuesday, June 15, 2010

Helllooooo

Salam semua, really hope that all bloggers are in good shape and steady life. Nak tahu tak kenapa mummyza dah lama tak buat posting?, citenya begini sewaktu mummyza bawa uols runda2 ari tu tiba2 LRT tersangkut kat station datuk keramat sebab tayar pancit so hingga kehari ni mummyza dok mengepamnya tak kembung2 so tu le sebab LRT tak dapat teruskan perjalanannya hii..hi..., just joking ek. Anyway, sekarang tayar dah ditukar ketayar besi so mummyza akan teruskan rundaan kita semula ya but not for today. Nantikan kemunculan blog baru tidak lama lagi dimana atas sokongan beberapa kawan kami bersepakat untuk memulakan jualan online untuk semua kategori. You name it you have it, ewahhhhhh ia2 je mummyza ni kan. Takpalah dah lama tak berceloteh rindu rasanya, blog ni masih berjalan seperti biasa kalau ada cerita besh mummyza akan bercerita dan menunjuk2 hi..hi..hi... kalau takda mummyza akan dok diam dan sibuk2kan diri kat blog lagi satu iaitu berniaga. OK lah ini saje nak dimaklumkan untuk hari ini dan diharap mendapat sokongan dari semua ya. Bye see uols next station apa ek lepas datuk keramat aduhai lufe pulak!!!!!!

HELLLOOOOOOOO

Salam sayang untuk semula blogger yang mengenali mummyza secara dekat atau jarak jauh,lama sungguh tak update blog ni ek anyway I'm still around and in good shape.

Thursday, February 11, 2010

SALAM SEMUA

Lama sungguh mummyza tak berblog kan. Bukannya apa lately ni ada busy body sikit (bukan busybody dok kepo tu tau hak ni busy segala2nya termasuklah body mummyza ha..ha..ha..) Ok N3 ari ni takda apa nak cite cuma nak habaq tak lama lagi mummyza akan mengendalikan banyak kelas so sesiapa yang berminat nak tuntut ilmu tu meh lah join klass mummyza ya, jangan malu jangan segan mari kita sama2 pandei dalam segala2nya yang best tu kan boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Diantara kelas2 yang akan diadakan mulai bulan Mac ni ialah :-

KELAS MANIK DAN LABUCI (Asas hingga lanjutan)
KELAS JAHITAN BAJU KURUNG TRADISIONAL
KELAS JAHITAN BAJU MELAYU
KELAS MEMBUAT KEK 'FAUX'
KELAS DECOUPAGE DAN FOLKART
KELAS GUBAHAN BUNGA DAN KRAF

Sesiapa yang berminat boleh lah sms atau talipon untuk keterangan lanjut. Tempat terhad. Hanya 4 orang satu sessi.
OK jumpa lagi!!!!!!!. Buat masa ini train LRT dalam penyelenggaraan so harap bersabar penumpang2 sekelian. Tayar train asyik pancit dipam pun tak boleh gelembung angin tetap keluar. Adios!!!!!!!