Thursday, February 11, 2010

SALAM SEMUA

Lama sungguh mummyza tak berblog kan. Bukannya apa lately ni ada busy body sikit (bukan busybody dok kepo tu tau hak ni busy segala2nya termasuklah body mummyza ha..ha..ha..) Ok N3 ari ni takda apa nak cite cuma nak habaq tak lama lagi mummyza akan mengendalikan banyak kelas so sesiapa yang berminat nak tuntut ilmu tu meh lah join klass mummyza ya, jangan malu jangan segan mari kita sama2 pandei dalam segala2nya yang best tu kan boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Diantara kelas2 yang akan diadakan mulai bulan Mac ni ialah :-

KELAS MANIK DAN LABUCI (Asas hingga lanjutan)
KELAS JAHITAN BAJU KURUNG TRADISIONAL
KELAS JAHITAN BAJU MELAYU
KELAS MEMBUAT KEK 'FAUX'
KELAS DECOUPAGE DAN FOLKART
KELAS GUBAHAN BUNGA DAN KRAF

Sesiapa yang berminat boleh lah sms atau talipon untuk keterangan lanjut. Tempat terhad. Hanya 4 orang satu sessi.
OK jumpa lagi!!!!!!!. Buat masa ini train LRT dalam penyelenggaraan so harap bersabar penumpang2 sekelian. Tayar train asyik pancit dipam pun tak boleh gelembung angin tetap keluar. Adios!!!!!!!

Wednesday, December 9, 2009

Pelita Lagi

OK pagi ni kita teruskan perjalanan menaiki LRT lagi ek, kita singgah di station Setiawangsa. Rasa macam nak singgah umah cikgu memasak kita ida bakery sebab ada pelita lagi yang belum dirembat tapi penat pulak nak jalan kaki, so lain kali ek cikgu ida mummyza singgah ambik barang tu. Memang masih mabuk dengan pelita mummyza ni. So apa lagi jom tengok koleksi terbaru mummyza ek. Kali ni cuma dapat rembat 3 pelita je. Nak tahu tak bila mummyza dok diam2 kira punya kira rupenya dah nak hampir 50 biji kesemuanya. Hai bila lah nak stop mummyza hoi!!!, udah2 lah tu......



C U NEXT STATION WANGSA MAJU!!!!!, BYE

Friday, December 4, 2009

Tempahan Jahit Manik

Selamat petang semua, N3 ari ni mummyza tak mahu bawa u ols ronda naik LRT, rehat kejap pasal dekor kali ni mummyza nak buat sikit promosi manik pulak, ok sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat jahit baju manik atau pun belajar asas hingga lanjutan jahit manik, kat preetythingsroom ada menyediakan servis tersebut. Kelas selalunya diadakan pada hari sabtu atau ahad. Keterangan lanjut jangan lupa calling2mummyza. Ok jom layanzzzzzzzz.
Salah satu sampel baju yang telah siap.

Tuesday, November 17, 2009

Pretty Things Room - Part 7

Semua dah beli tiket LRT, kalau sudah meh kita ronda2 lagi. Kali ni next station Datuk Keramat. Actually Datuk Keramat ni mummyza punya favorit place dan berangan satu hari nanti nak settle down kat sini tapi apakan daya tinggal angan2 aje le. Anyway jom tengok tengok apa yang ada kat station ni ek.





Ok dah tengok, jom kita ronda2 to next station Setiawangsa. Bye...., see you soon!!

Thursday, November 12, 2009

Pretty Things Room - Part 6

Hi, kita sambung balik perjalanan kita dengan menaiki LRT, best kan! jom ronda lagi ek petang2 ni, sekurangnya hilang kan rasa stress dan ngantuk selepas makan tengahari. wallah punya makan tadi. Jom join mummyza, so our next station is 'Damai'. Sekarang ni kita berada dipersekitaran ruang tamu mummyza yang teconit ni ek.




Ok lah mummyza harap ronda2 kita kali ini boleh memberi sedikit idea kepada peminat2 dekor yang telah kebuntuan idea ek sebab walaupun dengan ruang terhad kita masih boleh menghias, kata orang tepuk dada tanya selera. So tunggu mummyza di next station @ Datuk Keramat. Jangan lupe beli tiket!!!!!!!!!!! nanti ketinggalan.

Wednesday, November 11, 2009

My Vintage Corner

Salam semua, aduh dah 2 hari mummyza doh susah hati kenapa tiba2 blog mummyza dipenuh dengan perkataan account inactive for 90 days. Puas dok godek sana godek sini akhirnya dapat jugak diatasi. So sekarang terpaksalah mummyza tukar template baru boleh masuk. Ingat dah gone with the wind my blog ni. Dah nak create baru je tapi alhamdulillah dah ok. Petang ni mummyza nak bawa u ols ronda ronda lagi ek, kali ni kita tengok bahagian satu sudut yang mummy namakan VINTAGE CORNER. So kebanyakkan dekor kat sini barang2 lama yang telah begitu lama dalam simpanan mummy. Jom kita terjah!!!!!


Ni gambar satu2 pulak ek. Jam loceng lama.
Penimbang Lama (berat ya amat dik non)
Nampak tak mesin jahit goyang tangan kat belakang tu benda alah ni pun sama teramat le beratnya. Masih boleh digunakan, patut le barang2 lama ni sehingga sekarang masih elok lagi sebab bila diteliti betul2 bahan dan pembuatannya bukan calang2. Setakat nak angkat dengan tangan sebelah memang tak boleh. Guna 2 tangan pun mengengkek-ngengkek mengangkatnya he..he..

Jam dinding lama yang masih boleh menunjukkan waktu dan berlagu bila masuk waktu.

OK lah setakat ni saje N3 mummyza nak buat petang2 ni nanti kita ronda lagi next station. Jangan lupa beli tiket sampai last terminal ek, senang tak payah beratur panjang. See you next station!!!!!!!. Adios.

Monday, November 9, 2009

Koleksi Teko

Selamat petang semua, apa kabar dan seronok tak hujung minggu u ols yang lalu. Hujung minggu mummyza pulak saje2 melibatkan diri dengan membuat jualan @ flea market di Setiawangsa. Actually mummyza hanya menyibukkan diri je bersama2 dengan my niece yang baru nak berjinak dalam dunia niaga ni, apa kata orang bagi moral supportlah aunty ni. Yang sedih tu cuaca pada mulanya baik tiba2 hujan selebat2nya dengan kilat berdentum berdentam pada sebelah petangnya. Apa lagi terpaksalah kami gulung tikar selepas tu sebab keadaan tak mengizinkan habis basah kawasan tu, nasib baik dah hampir2 nak waktu tutup niaga. Tu lah risiko yang perlu kita hadapi dalam dunia perniagaan ni. Oklah kita tutup kisah flea market ek sekarang ni mummyza nak bawa u ols ronda2 lagi so petang ni kita nak cite pasal teko pulak ek. So mari kita tengok......


Diantara teko2 mummyza yang terawal dikumpul. Minat nak kumpul teko2 bermula pada akhir tahun 90an lagi sewaktu tu mummyza ada terbaca satu artikel one lady ni memang teko collector dan disamping itu ada membuka sebuah restoren yang dihiasi penuh dengan teko2 ni, mummyza pun satu hari pergi kesana untuk bersantai minum kopi sambil mata2 ku melilau melihat keadaan sekelilingnya. Rasa macam nak duduk aje kat situ lama2 tak nak bangun2 he..he..he... Tapi bagi mummyza tak terikut macam collector tu mahu pitam dibuatnya. So ala2 kadar je le dan mana yang termampu oleh poket udah le.

Seterusnya gambar koleksi teko2 mummyza yang ada ek
.









Tak perasan waktu begitu mencumburi kita, mummyza dah nak kena chow chin chow, esok kita jumpa lagi @ next station. Adios......see you soon.